Tuesday 30 July 2013

KALAU AKU KAYA AKU ____________________.

Assalamualaikum..  jawab tak salam tadi? jawab tau, kalau anda seorang muslim dapat pahala, lagipun myra mendoakan kesejahteraan awak ni..ha.. dah kenapa tajuk kalau aku___________. hrini nak berimaginasi sikek, sebenarnya, sekarang ni myra sepatutnya buat revision untuk test esok, tapi disebabkan esok juga myra balik, mood nak study tu berkurang, merundum jatuh ke bumi *acah acah sasterawan negara jap hehe.. demi menaikkan semula mood yang serba takde ni, myra nak mengisi masa yang tak berapa nak lapang ni nak berimaginasi sekejap ye.. hmmm kalau lah aku kaya aku (awak-ii pon bolle) _____________.
  1. mungkin akan hantar parents menunaikan ibadah haji.. Insha Allah (walaupun ni ayat yang kita selalu dengar en en)
  2. yang kedua buat masa ni rasanya nak je beli kereta, senang sikek nak berulang pergi kelas.
  3. beli jet buat balik klang heee..
  4. bina bumbung kat belakang kolej supaya bila hujan , baju pun takde lah basah en en
  5. beli semua buku tentang makanan terutama sekali pasal ayam ngan coklat.
  6. beli orang yang buat bihun goreng tersedap didunia.(supaya hari hari boleh makan bihun goreng.
tapi kalau setakat cakap je hmm alamatnye takkan jatuh melepap kat kita kan..Maka dengan itu, berusahalah wahai manusia!!!!!!stop berangan ! hadeh minah jenin dah..pergilah study ape yang patut supaya berjaya,  kaya raya duit bergunung tapi pandainye tidak pun tak guna,
oke dah cukup, mood nak study dah ada, selamat maju jaya! tuntutlah ilmu sampai ke negara china.
terim kasih sudi baca..