Saturday 7 July 2012

Ramadhan Al-Mubarak


Ramadhan bakal mendatang waaa..tak sabar rasenye nak  menyambut  ramadhan..ha puase tahun lepas penuh ke??hihi..
Ramadhan ni tak semestinya berpuasa perut je..tau.


kita juga kenalah jaga mulut dari mengumpat,berdusta,dan seeloknya kita membaca ayat suci al-quran dan berzikir ,semoga mendapat  rahmat dan sekurang-kurangnye  terhindar dari dosa.Selain itu,setiap ayat yang kita baca,dapat pahala pada setiap huruf
Selain itu,matadan telinga kita juga perlu dijaga..dari melihat dan mendengar perkara2 yang lagha (perkara yang tak berfaedah),telinga tu seeloknya dengar alunan ayat suci al-quran.
Jauh kan langkah kaki kita dari tempat maksiat,tetapi dekatkan langkah kita ke rumah ALLAH,ingat tau walaupun jahat,sesiapa yang melangkah kaki ke rumah ALLAH tu adalah tetamu ALLAH yang ingin berhijrah kejalan yang benar.insyaallah..
Selain berpuasa juga kita dapat menunaikan solat sunat terawih,jangan la pula bermain mercun ye..Solat sunat terawih ni banyak fadhilat nye tau..rugi yang teramat pada sesiapa  yang tinggalkan..kecuali lah uzur  dan tak nak pahala lebih..
Setiap malam mempunyai fadhilatnya tersendiri tau..dan di penghujung ramadhan ni terdapat malam lailatul qadar..istimewanya malam lailatul qadar  ni di terangkan dalam surah al-qadr,disini diletakkan terjemahannya
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) pada malam kemuliaan 1594. (QS. 97:1)
2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? (QS. 97:2)
3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. (QS. 97:3)
4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. (QS. 97:4)
5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. (QS. 97:5)


Insyallah,semoga kita semua mendapat rahmat dari ALLAH dalam mengerjakan ibadah berpuasa di bulan ramadhan ini..:)

Wednesday 4 July 2012

Pesanan buat bakal imamku


Assalamualaikum,hari ni tiba-tiba je  gatal nak tulis pasal ni,ni semua gara-gara lepas tengok 7 petala cinta la ni..

Pesanan ni jugak ada untuk diri sendiri..
1.cintailah ALLAH dan RASULULLAH melebihi cintamu sesame insan.

2.kukuhkanlah benteng imanmu,agar dapat membimbingku ke jalan –NYA kelak.

3.semaikanlah benih kesabaran dan dibajakan dengan ketabahan yang kuat dalam dirimu agar lebih bersedia menempuh dugaan yang diberi akan datang.

4.sentiasalah dirikan solat dan basahkan lidahmu dengan membaca kalimah suci Al-quran agar hidupmu terhindar dari segala kemungkaran di dunia ini..

p/s:takpe kalau awak tak minat tengok bola,asalkan awak suke buat tahajjud tiap2 malam..(^_^)

Tuesday 3 July 2012

J.E.R.E.B.U.


Assalamualaikum..rasenye dah lame tak update blog kan..harini nak kongsi skit tentang perubahan cuaca kat Malaysia ni..jerebu ni berlaku sebab ade pembakaran terbuka di sumatera,Indonesia..so Negara kita terkena la sekali asap jerebu ni..teruk la jugak..
                                                           
Gambar kat bawah ni kat area kuala lumpur

Yang ni pulak kat area klang..


So,anda semua dinasihatkan agar jangan keluar rumah kalau keadaan jerebu teruk sangat..sebabnye jerebu ni bukan macam kat Cameron highlands banyak kabus sejuk..jerebu ni kalau kita sedut,nanti akan membahaya kan kesihatan kita..pastikan pakai mask penutup mulut dan hidung,at least tak la semua asap jerebu tu kite sedut..jaga kesihatan diri kita nanti kalau sakit,diri sendiri jugak yang susah..ok,take care ye..>,<

Sunday 1 July 2012

info untuk sesape yang nak mohon uitm sesi 2


;3 (RrawWr!)
Assalamualaikum..hye,ape khabar?rasenye dah lame sangat myra ta update blog ni..yelah busy skit bile dh tak sekolah ni,banyak la kerjenye kan..ni senanaye nak share skit wat kengkawan yang rase2  minat nak masuk uitm,jom lah isi borang  permohonan nye eah..klik je kat link bawah ni..---à Portal Kemasukan Pelajar Universiti Teknologi MARA
Tapi sebelum tu kene la beli no.pin dlu..sebbnye no pin yang kite beli memule dlu dah tak boleh pakai dah..boleh start beli mulanye 2/7/2012 kat BSN..cepat2 beli ye..n jangan lupe isi permohonan tu..then lagi satu,jangan lupa savekan borang tu,mane tau nak wat rujukan ke..okay ye good luck kengkawan


ehem..ehem,lupe lak...kat sniey ade iklan dye,korang bace lah..sebabnye sape bace dye paham la cemane nak isi..

PERMOHONAN KEMASUKAN KE UiTM
SESI AKADEMIK 2 2012/2013

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

1.      Pemohon dikehendaki melayari http://online.uitm.edu.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut, sebelum membuat permohonan.
2.      Pemohon dikehendaki membeli no. slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 2 Julai  2012 (Isnin) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking. (no. Slip yang dibeli sebelum 2 Julai  2012 adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini).
3.      Sila nyatakan Peringkat Program (DIPLOMA & ASASI UNDANG-UNDANG/PENERAPAN/ PROFESIONAL) seperti jadual di bawah semasa pembelian no. Slip di BSN. Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibeli sebelum meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian no. slip , tiada pemulangan bayaran.

4.      Permohonan melalui http://online.uitm.edu.my/ bermula 2 Julai  2012 (Isnin).

5.      Tarikh tutup  permohonan online pada 26 Ogos  2012 (Ahad)

Peringkat Program        
   (Sila Nyatakan semasa pembelian no. Slip di BSN)
Program Pengajian
Sesi Pengambilan
Mod Pengajian
Kadar Bayaran
DIPLOMA &
ASASI UNDANG-UNDANG UiTM (PI005)
(Terbuka untuk pelajar lepasan SPM/ Setaraf)
November 2012
Sepenuh Masa
RM10.00
PENERAPAN
(khusus untuk pelajar yang sedang belajar di UiTM mengikut kategori pengajian)
Penerapan Pra Diploma UiTM ke Diploma UiTM
November 2012
Sepenuh Masa
RM10.00
Penerapan Semester 3 Diploma UiTM ke Ijazah Sarjana Muda UiTM
Mac 2013
Sepenuh Masa
RM17.00
PROFESIONAL
·  AC150 – Certified Accounting Technicians
Januari 2013
Sepenuh Masa
RM17.00
·  AC550 – The Chartered Institute of                                                  Management Accountants(CIMA)(UK)
·  AC551 – The Association of Chartered                                           Certified Accountants (ACCA) (UK)
Januari 2013
Sepenuh Masa/
Pengajian Luar Kampus
RM17.00
·  AC553 – Certified Public Accountants (CPA)                                 (Australia)
Januari 2013
Pengajian Luar Kampus
RM17.00
·  AM550 – The Institute of Chartered                                                Secretaries and Administrators                                                  (UK)(ICSA)
Januari 2013
Sepenuh Masa/
Pengajian Luar Kampus
RM17.00
·  BM551 – Chartered Institute of Marketing                    (CIM)(UK)
Januari 2013
Sepenuh Masa
RM17.00
·  BM552 – The Chartered Institute Of Logistics                            And Transport (UK) )(CILT)
September 2012
Pengajian Luar Kampus
RM17.00
·  LW222- Sarjana Muda Undang-Undang                     (Kepujian)
Mac 2013
Sepenuh Masa
RM17.00
·  LW601 – Diploma Lepasan Ijazah Syariah dan Amalan
Mac 2013
Sepenuh Masa/
Pengajian Luar Kampus
RM17.00

NOTA:
·         Bagi program e-PJJ dan Pengajian Luar Kampus UiTM selain dari di atas sila layari laman web http://ined.uitm.edu.my

·         Bagi program pengajian Pasca Siswazah (Sarjana dan PhD)  sila layari laman web http://ipsis.uitm.edu.my

PERTANYAAN
Program yang Ditawarkan
Dekan,
Nama Fakulti Yang Berkenaan

Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
No. Tel : 03-5544 2000
http://www.uitm.edu.my
Pengambilan dan Keputusan Permohonan
Pengarah,
Bahagian Pengambilan Pelajar,

Bangunan UiTM International Centre (UIC)
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam
Selangor.
No Tel: 03-55443164 / 3165 / 3166 / 3174 / 3175
www.pengambilan.uitm.edu.my
email :
bpp@salam.uitm.edu.my