Sunday 1 July 2012

info untuk sesape yang nak mohon uitm sesi 2


;3 (RrawWr!)
Assalamualaikum..hye,ape khabar?rasenye dah lame sangat myra ta update blog ni..yelah busy skit bile dh tak sekolah ni,banyak la kerjenye kan..ni senanaye nak share skit wat kengkawan yang rase2  minat nak masuk uitm,jom lah isi borang  permohonan nye eah..klik je kat link bawah ni..---à Portal Kemasukan Pelajar Universiti Teknologi MARA
Tapi sebelum tu kene la beli no.pin dlu..sebbnye no pin yang kite beli memule dlu dah tak boleh pakai dah..boleh start beli mulanye 2/7/2012 kat BSN..cepat2 beli ye..n jangan lupe isi permohonan tu..then lagi satu,jangan lupa savekan borang tu,mane tau nak wat rujukan ke..okay ye good luck kengkawan


ehem..ehem,lupe lak...kat sniey ade iklan dye,korang bace lah..sebabnye sape bace dye paham la cemane nak isi..

PERMOHONAN KEMASUKAN KE UiTM
SESI AKADEMIK 2 2012/2013

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

1.      Pemohon dikehendaki melayari http://online.uitm.edu.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut, sebelum membuat permohonan.
2.      Pemohon dikehendaki membeli no. slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 2 Julai  2012 (Isnin) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking. (no. Slip yang dibeli sebelum 2 Julai  2012 adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini).
3.      Sila nyatakan Peringkat Program (DIPLOMA & ASASI UNDANG-UNDANG/PENERAPAN/ PROFESIONAL) seperti jadual di bawah semasa pembelian no. Slip di BSN. Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibeli sebelum meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian no. slip , tiada pemulangan bayaran.

4.      Permohonan melalui http://online.uitm.edu.my/ bermula 2 Julai  2012 (Isnin).

5.      Tarikh tutup  permohonan online pada 26 Ogos  2012 (Ahad)

Peringkat Program        
   (Sila Nyatakan semasa pembelian no. Slip di BSN)
Program Pengajian
Sesi Pengambilan
Mod Pengajian
Kadar Bayaran
DIPLOMA &
ASASI UNDANG-UNDANG UiTM (PI005)
(Terbuka untuk pelajar lepasan SPM/ Setaraf)
November 2012
Sepenuh Masa
RM10.00
PENERAPAN
(khusus untuk pelajar yang sedang belajar di UiTM mengikut kategori pengajian)
Penerapan Pra Diploma UiTM ke Diploma UiTM
November 2012
Sepenuh Masa
RM10.00
Penerapan Semester 3 Diploma UiTM ke Ijazah Sarjana Muda UiTM
Mac 2013
Sepenuh Masa
RM17.00
PROFESIONAL
·  AC150 – Certified Accounting Technicians
Januari 2013
Sepenuh Masa
RM17.00
·  AC550 – The Chartered Institute of                                                  Management Accountants(CIMA)(UK)
·  AC551 – The Association of Chartered                                           Certified Accountants (ACCA) (UK)
Januari 2013
Sepenuh Masa/
Pengajian Luar Kampus
RM17.00
·  AC553 – Certified Public Accountants (CPA)                                 (Australia)
Januari 2013
Pengajian Luar Kampus
RM17.00
·  AM550 – The Institute of Chartered                                                Secretaries and Administrators                                                  (UK)(ICSA)
Januari 2013
Sepenuh Masa/
Pengajian Luar Kampus
RM17.00
·  BM551 – Chartered Institute of Marketing                    (CIM)(UK)
Januari 2013
Sepenuh Masa
RM17.00
·  BM552 – The Chartered Institute Of Logistics                            And Transport (UK) )(CILT)
September 2012
Pengajian Luar Kampus
RM17.00
·  LW222- Sarjana Muda Undang-Undang                     (Kepujian)
Mac 2013
Sepenuh Masa
RM17.00
·  LW601 – Diploma Lepasan Ijazah Syariah dan Amalan
Mac 2013
Sepenuh Masa/
Pengajian Luar Kampus
RM17.00

NOTA:
·         Bagi program e-PJJ dan Pengajian Luar Kampus UiTM selain dari di atas sila layari laman web http://ined.uitm.edu.my

·         Bagi program pengajian Pasca Siswazah (Sarjana dan PhD)  sila layari laman web http://ipsis.uitm.edu.my

PERTANYAAN
Program yang Ditawarkan
Dekan,
Nama Fakulti Yang Berkenaan

Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
No. Tel : 03-5544 2000
http://www.uitm.edu.my
Pengambilan dan Keputusan Permohonan
Pengarah,
Bahagian Pengambilan Pelajar,

Bangunan UiTM International Centre (UIC)
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam
Selangor.
No Tel: 03-55443164 / 3165 / 3166 / 3174 / 3175
www.pengambilan.uitm.edu.my
email :
bpp@salam.uitm.edu.my



No comments: