Monday 29 December 2014

RESEPI MASAK LEMAK CILI API KETAM

Assalamulaikum, hai hai haha lama tak update blog kan?, haha beselah busy katekan. Harini nak citer lah kan haritu buat masak lemak cili api ketam, tapi yang best nye  masak pakai santan kelapa sawit. Sedap lah jugak. Saya guna santan kelapa sawit sebab kurang kolestrol, so boleh lah makan banyak banyak. hahaha. Resepi sama je macam kita selalu buat,cuma santan kelapa sawit tu mahal sikit lah dari santan biasa. Kat mana boleh dapat santan tu? ha senang je, sesapa yang stay berdekatan dengan Bandar Putera 2, Jalan Kebun, Johan Setia, boleh lah korang pergi beli dekat Az- Zain Bandar Putera 2, takpun boleh je beli dekat Shah alam, USJ, nanti kat bawah saya bagi link kedai ye. Ni resepi  Masak Lemak Cili Api Ketam.


Bahan A :

4 ulas             bawang merah
2 ulas             bawang putih
                       kunyit hidup @ serbuk kunyit
5 tangkai        cili api [ pada yang suka pedas nak tambah lagi pun boleh]
Bahan B:
 

1 kg                 ketam
2 pkt               Santan Kelapa Sawit
3 batang         serai [dititik]
sehelai           daun kunyit [di carik]
3 keping      asam keping [ pilihan, tapi untuk buang hanyir, digalakkan letak]
 
Kaedah :
  1. Siang ketam, belah 2
  2. Tumbuk / kisar Bahan A
  3. Masukkan santan kelapa sawit,ketam, bahan A yang telah ditumbuk,serai, daun kunyit,asam keping
  4. Perasakan dengan garam
  5. Gaul sebati, sampai mendidih
  6. Angkat, boleh letak cili merah sebagai hiasan.
 Ni website Az-zain http://www.az-zain.com/ , kut lah korang tak jumpa kan, selamat mencuba !

Tuesday 18 March 2014

Assalamualaikum

Assalamualaikum.. agak lama tak mengupdate blog ni..bukan ape, agak sibuk sedikit semester ni. Alhamdulillah ada kelapangan nak mengupdate  malam ni.. Ada beberapa perkara yang ingin diberitahu, pertama sekali, Myra nak ajak, kawan kawan sedekahkan Al fatihah buat kedua dua pelajar Kolej Vokasional Kuala Kangsar (dahulunya dikenali sebagai SMVKK), nak tahu kenapa? sebabnya mereka berdua ini telah kembali ke rahmatullah setelah tersesat ketika mendaki gunung bubu, nak tahu cerita lanjut, boleh lah klik pada pautan yang yang Myra letak kat bawah ni ya,

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DuapelajarterakhirhilangdiGunungBubuditemuilemas/Article/?bh

Yang keduanya, marilah kita bersama sama berdoa agar dipermudahkan urusan mencari dan menyelamatkan mangsa mangsa yang hilang ketika menaiki kapal terbang MH 307..Ameen..

yang ketiga, dikesempatan ini, Myra nak mengucapkan selamat maju jaya buat sahabat yang bakal menduduki peperiksaan akhir, semoga dipermudahkan ketika menjawab peperiksaan, diterangkan hati, ingat tau selepas kita berusaha sehabis baik, baharu lah kita bertawakkal..kalau terlupa ketika sedang menjawab peperiksaan, selawat nabi, sambil pegang ubun ubun (bahagian hadapan kepala )
Insya Allah ingat semula..
jagalah kesihatan diri kawan kawan semua ya,Assalamualaikum